Merpati Network
Perkongsian Ilmu Pelbagai Bidang
Friday, February 3, 2017
Friday, November 22, 2013
Wednesday, November 30, 2011
KAYA UNTUK TUHAN
Penting sangatkah kekayaan dalam hidup manusia ?
Menjadi kaya adalah impian semua manusia tidak kira apa bangsa, baik Melayu, India , Cina, India, Mat Saleh atau sesiapa saja didunia ini semuanya inginkan kekayaan sehinggakan orang yang tidak waras pun nak jadi kaya ‘Pak cik kayo! Pak cik kayo! namun begitu tidak semua orang dianugerahkan nikmat kekayaan di dunia ini. Ada yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya, ada yang berusaha ‘biasa-biasa’ pun nak jadi kaya dan ada juga yang malas berusaha tapi nak juga jadi kaya. Kekayaan adalah sifat universal yang diidamkan oleh semua manusia. Siapa tak nak kaya ye tak?
Berbagai orang meletakkan matlamat nak jadi kaya ada yang nak jadi kaya kerana hendak memiliki rumah besar, kereta mewah, melancung ke bulan, menginap di hotel dalam air di Bahamas, tinggal laguna buatan Al-Burj di Dubai dan mengelilingi dunia dengan kapal mewah. Berbagai-bagai lagi keinginan manusia yang tidak habis-habis. Ada orang yang terpaksa mencari kekayaan kerana hendak membantu masyarakat atau umat yang miskin, tidak sanggup melihat masyarakat yang serba kedhaifan atau membantu orang-orang kita sayangi apabila kita memperolehi kekayaan. Menurut seorang penulis terkemuka Indonesia Aa Gym dalam bukunya Saya Tak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya beliau menggunakan kekayaannya untuk berdakwah dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Kaya Untuk Tuhan
Ada yang bertanya apa kaitannya antara kaya dengan tuhan ? Islam amat menekankan agar kita berubah daripada keadaan miskin kepada kaya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Tidak ada kekayaan dengan hanya kita berdoa sahaja. Rezeki memang telah diperuntukkan oleh Allah kepada kita, namun kita perlu mengetuknya pintunya. Bagaimana nak mengetuknya ? Untuk mengetuknya kita perlu usaha. Usaha yang macam mana? Berusaha dengan meningkatkan kualiti kerja dan membuat perancangan yang rapi untuk masa hadapan. Berbalik kepada kaya untuk tuhan, untuk beribadat atau mengajarkan orang cara-cara untuk beribadat kepada tuhan kita mesti ada ilmu. Untuk menuntut ilmu kita perlu perlu ada kekayaan, kekayaan di sini adalah dari sudut kos untuk pembiayaan menuntut ilmu, lagi tinggi kita belajar lagi banyak wang yang kita perlukan. Jadi untuk mencapai tahap pelajaran yang paling tinggi kita memerlukan wang yang banyak jadi kita tidak dapat tidak perlu menjadi kaya agar kita dapat menggunakan ilmu untuk beribadat kepada Allah disamping mengajarkan kepada orang lain. Seorang kenalan saya bernama Radzi berasal dari Pantai Timur pada zaman kanak-kanaknya berjaya memperolehi keputusan cemerlang dengan memperolehi 5A dalam penilaian sekolah rendah tetapi kini bekerja sebagai waiter gerai makan. “Kenape mu tak masuk asrama penuh dulu ?” “Keluarga tak de pitih (wang)!” . Ini bukanlah contoh terpencil malah ramai lagi yang terbantut pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu menyara persekolahan ke peringkat yang lebih tinggi. Anak-anak yang berpotensi tidak dijaga dengan baik akhirnya tidak ke mana. Kesian bukan...
Setujukah anda orang kaya lebih mudah masuk syurga berbanding orang miskin ? Kenapa ? Biasanya kekayaan memberi perspektif negatif jika dikaitkan dengan ketakwaan seseorang kepada Tuhan. Orang kaya biasanya dikaitkan dengan sombong, bongkak, kedekut, memeras kudrat orang miskin untuk bekerja untuknya, bermegah dengan kereta mewah dan banyak lagi perkara negatif yang dikaitkan dengan kekayaan. Sebenarnya kekayaan itu lebih mudah untuk masuk syurga jika digunakan dengan cara yang betul. Macam mana tu ? Jawapannya begini.. kalau anda rajin menelaah buku berkenaan kewangan seringkali disebut tentang pendapatan tanpa henti (pasif income) sekali kerja hasilnya sepanjang hayat. Antara buku yang saya pernah baca adalah “Building A Pipeline”. Dalam buku tersebut ia memberi contoh seorang yang membina pili air menggantikan menangkut air dengan baldi, hasilnya hanya dengan sekali kerja pemasangan paip, setiap hari, setiap masa dan sepanjang hayat orang membayar khidmat menggunakan paip air tersebut sepertimana kita membayar kepada syarikat air setiap bulan atau membina rangkaian perniagaan MLM bilamana rangkaian sudah besar diseluruh negara malahan ada sehingga keluar negara, pada waktu itu anda hanya goyang kaki kerana pendapatan akan bertambah setiap saat.
Apabila kekayaan dikaitkan dengan syurga saya bermaksud orang kaya boleh menggunakan wangnya untuk memperolehi pahala tanpa henti sehingga akhir hayat dengan membina masjid atau institusi pendidikan yang diwakafkan kepada orang ramai, selagi mana masjid itu digunakan untuk ibadat sampai hari kiamatlah pahala akan diperolehi tetapi dengan syarat ianya dilakukan secara ikhlas dan dengan menggunakan wang yang bersih. Mudah bukan orang kaya hendak mendapat pahala pasif.

Saturday, June 18, 2011
Saturday, May 28, 2011
Nabi Muhammad S.A.W Usahawan Muda Berjaya
Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?
Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yangjujur, boleh diharap dan dipercayai.
Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.
Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!
Tuesday, May 17, 2011
Engin CARIAN GOOGLE-- Rahsia Pelbagai Gunanya
Tahukah anda bahawa Engin Carian Google di Internet boleh membantu memudahkan anda
mencari maklumat.? Beberapa URL ini boleh membantu anda untuk mendapatkan maklumat terpernci yang mungkin menyelesaikan masalah harian anda seperti berikut:
1. Untuk mengetahui berapa banyak website dalam internet yang menawarkan perkhidmatan terhadap sesuatu perkara/bidang anda boleh masuk ke www.google.com/webhp dan taipkan apa yang anda mahu
misalnya "how to start a blog" atau "how to be happy" atau taip "what is.."Anda diberikan senarai maklumat dan bilangan website yang ada mengenai tajuk itu di internet.
2. Untuk mengetahui senarai carian paling popular di dunia atau Amerika Syarikat setiap hari anda boleh
masuk ke URL ini...www.google.com/trends/hottrends
3. Untuk membanu anda mengagak minat terhadap istilah-istilah carian dan membandingkannya dengan
corak kadar carian antara benua,kategori dan jangka masa tertentu, masuk ke sini www.google.com/insights/search/#
4. Untuk mendapatkan carian yang berkaitan dan memberi petunjuk keuntungan sesuatu istilah dengan kadar
pengiklan ,anda boleh masuk ke sini adwords,google.com/select/KeywordToolExternal
5. Untuk mendapatkan tahap sukar atau mudah bagi menempatkan istilah carian anda dalam engin-engin carian,sila masuk ke url ini..www.seologs.com/keyword_difficulty.html
SELAMAT MENCUBA,PELBAGAIKAN ILMU INTERNET ANDA.

Tuesday, February 8, 2011
Sunday, November 21, 2010
Belajar Membina Web dan Promosi URL Free ke 20 Engin Carian Sifu Azman Syed
Ruangkan masa anda menimba ilmu amat berguna dan anda menjadi orang paling bertuah di dunia jika dapat menguasai ilmu pemasaran internet ini. Baca dan lakukan berkali-kali sampai mahir.Selepas itu perniagaan apa saja bercorak internetakan menjadi mudah,malah anda mampu beramal dengan mengajar orang lain untuk kukuhkan ekonomi mereka. Syabas guruku Azman Syed. Rujuk link di bawah:
http://manpro.ws/coach.html
http://manpro.ws/coach.html
Friday, November 19, 2010
Rancang Gaya Hidup Sihat
Berlumba untuk sihat
PADA masa ini, kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia atau satu daripada setiap enam orang dewasa yang melebihi usia 30 tahun menghidap diabetes.
Apa yang lebih mengejutkan, kelaziman berlakunya diabetes di Malaysia hampir dua kali ganda pada kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), seiring dengan perkembangan kadar rakyat yang obesiti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2030, sejumlah 2.48 juta rakyat Malaysia akan menghidap diabetes.
Pada peringkat global, kelaziman berlakunya diabetes juga sedang meningkat disebabkan beberapa faktor, seperti pertambahan bilangan penduduk, proses penuaan, urbanisasi, peningkatan golongan obesiti dan kekurangan gerak kerja jasmani.
Malah, IDF meramalkan bahawa menjelang tahun 2025, rantau Asia Tenggara akan mempunyai kadar kelaziman diabetes yang tertinggi.
Setiausaha Agung Persatuan Diabetes Malaysia (PDM), Datuk Rahimah Ahmad, berkata, beberapa statistik telah menunjukkan bahawa diabetes sedang meningkat di rantau ini.
Memandangkan perubahan gaya hidup moden yang mendadak, rakyat Malaysia perlu memahami bahawa diabetes ialah masalah kesihatan dan orang ramai perlu mengawal keadaan sebelum terlambat.
''Kita perlu sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa perubahan gaya hidup yang sihat sangat penting dalam mencegah dan menguruskan diabetes jenis 2, iaitu jenis diabetes yang paling lazim dan melibatkan kira-kira 90 peratus pesakit diabetes seluruh dunia," katanya.
Sementara itu Ketua Unit Perniagaan MSD, Sunny Lim, kadar kelaziman diabetes yang semakin meningkat di Malaysia sepatutnya menjadi sebab yang kukuh untuk rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat.
''Kepada semua pesakit diabetes, perlu diingatkan bahawa pendekatan disiplin terhadap pengurusan diabetes sangat berkesan dalam mencegah komplikasi masa depan dan membolehkan pesakit diabetes menikmati hidup bermutu.
''Justeru pihak kami menganjurkan satu perlumbaan larian yang membawa mesej ke arah kehidupan yang sihat.
''Perlumbaan Ke Sasaran 2010 ialah acara pendidikan awam yang dianjurkan bersama oleh MSD dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) untuk menanamkan mesej penting iaitu hidup sihat dengan diabetes boleh dicapai dengan sikap mental yang betul dan menerusi pendekatan gaya hidup yang sihat,'' terangnya.
Acara ini kata Lim, kembali buat tahun kedua berturut-turut dan diadakan di Taman Tasik Lembah Kiara, Taman Tun Dr. Ismail.
Bertemakan Hidup Sihat Dengan Diabetes, Perlumbaan Ke Sasaran 2010 menepati hasratnya, iaitu meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan pengurusan diabetes melalui kegiatan yang dianjurkan sepanjang acara itu.
Lebih daripada 350 orang, termasuk pesakit diabetes, menyertai larian ini.
''Perlumbaan Ke Sasaran ialah acara pendidikan tahunan keempat yang dianjurkan oleh MSD sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran yang berterusan tentang diabetes.
''Kempen Hidup Sihat Dengan Diabetes oleh MSD bermula pada tahun 2007 dengan pengenalan teh tarik kurang gula untuk menghebahkan kepentingan sajian yang rendah kandungan gulanya.
''Pada tahun 2008, bengkel dan pameran yang dianjurkan tertumpu pada keperluan khasiat dan pemakanan serta penyediaan makanan yang berkhasiat,'' katanya.
"Kami berharap acara pendidikan holistik yang penuh dengan keriangan ini akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha mencapai matlamat masing-masing, sama ada aras glukosa dalam sasaran atau menjalani hidup yang sihat," kata Lim.
Subscribe to:
Posts (Atom)